topbella

Rabu, Jun 30

ETIKA MASA SEORANG MAHASISWA/WI



1. Selamatkan masa, kenalpasti ‘pencuri-pencuri’ masa anda
Lihat jadual waktu yang anda ada. Adakah anda terlebih menggunakan masa pada sesuatu yang tidak penting, contohnya 30 minit, anda ada lagi 3 tugasan seperti itu, bererti satu jam setengah sehari. Bagaimana jika 7 hari? Banyak bukan… kenal pasti apakah perkara yang menjadi ‘pencuri’ masa anda dari sekarang.

2. ‘Taat’ pada jam anda
Jam adalah penunjuk kepada waktu dan perjalanan setiap hari
Ramai orang tidak menyedari betapa ‘berkuasanya’ jam yang mereka miliki.
Jam perlu ‘ditaati’ sekiranya anda ingin berjaya dan cemerlang dalam hidup.
Jangan ‘berdalih-dalih’ dengan jam anda ; menangguhkan kerja, lewat, membazirkan masa, tidak tepati janji dan sebagainya.

3. ‘Hormati’ jadual waktu anda
Anda perlu ‘menghormati’ jadual waktu anda. Anda sudah memikirkan jadual yang terbaik untuk anda. Anda membuatnya dengan penuh motivasi dan keyakinan untuk berjaya dalam hidup. Tiba-tiba anda ingin ‘mempermainkannya’?
Di mana letaknya harga diri anda apabila anda ‘memperlekehkan’ hasil usaha keyakinan diri anda?
Hormatilah diri anda sendiri. Hormatilah jadual waktu anda.

4. Isi masa-masa yang ‘tersembunyi’
Sedar ataupun tidak, terdapat banyak masa ‘tersembunyi’ yang dapat dimanfaatkan seperti ketika menunggu bas, dalam perjalanan pulang ke rumah, selang antara 2 waktu dan banyak lagi. Selalunya kita berbual, termenung, berangan-angan dan banyak lagi perkara yang tidak mendatangkan faedah.
Isilah masa-masa ini dengan sesuatu yang berfaedah. Sedikit-edikit lama-lama jadi bukit.

5. Tukar tabiat masa
Tukar daripada tabiat melengahkan kepada tabiat cekap dan pantas. Daripada pemalas kepada rajin dan bersemangat. Daripada membuang masa kepada seorang yang memanfaatkan masa.
Caranya, binalah sikap baru dalam diri anda.
Mulai hari ini, pandanglah diri anda sebagai seorang yang menghargai masa.

6. Masa adalah emas dalam tanah
Sedarilah, MASA ITU ADALAH EMAS, sekiranya anda inginkan emas, anda perlu melombongnya terlebih dahulu. Selepas itu, ia perlu dibersihkan daripada Lumpur dan kotoran. Kemudian ia perlu dipanskan dalam relau yang sangat panas dan akan ditempa dengan lembut dan berhati-hati.
Begitulah juga dengan masa anda. Ia akan menjadi emas yang cantik sekiranya anda berusaha dan tekun bagi menjadikannya begitu.

0 Komen & Pandangan:

Catat Ulasan

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan